Click here for Myspace Layouts

Monday, October 29, 2012

final exam week


hye guy . . 

dalam tempoh 2 minggu saye akan menempuh final exam . . .
first time final exam . .
selama ini hanya ujian bulanan dan akhir tahun. .
tuh pon main 2. . 
wish me luck ukey . . 


Saturday, October 20, 2012

syok sendiri

salam semua. . .
nak cerita . .
aku telah jatuh cinta pada seseorang . .
name ?
nama telah dirahsiakan . .  HAHAH
mube aku je yang suke kat dyer but die kat dyer ta suke kat aku . .
HATI HAMPA.  . .
aku suke perasaan tuh . . 
AKU TA BERSEDIA NAK COUPLE.  .
AKU SUKE DENGAN LIFESTYLE AKU SEKARANG . .
relex , sempoi dan tenang . . 
oke sekian :D


Tuesday, October 9, 2012

out to mood

hye guy. . . 
nak cerita sikit  . .
semalam time class sir syed (tamadun islam)
sir syed ajak budak2 class friendly nan team lacture . .
dah deal teghari tadi. . . 
rancang2 kelas aku je yang main . .
tengok2 kelas lain pon ade. . .
itu aku ta kesah . .
yang aku kurang bestnyer aku mntak tukar untuk aku main dyerorang mcam nak ta nak bagi aku main . .
mula2 berIA ajak aku main. . 
last2 buad aku macam tunggul kayu . .
WHAT THE FUCK !!!!!
first and last aku main futsal nan korang . . .

Thursday, October 4, 2012

pembentangan

hye semua . . .
nak cerita sikit . .
pagi semalam . . .
aku kene buad present untuk subjek tamadun islam.  . .
firstly , aku bangun lambat . .kelas sepatutnyer pukul 10.30
aku boleh bangon pukol 10.20
sampai2 kolej dalam kol 10.50
sempoi ta ..
masuk2 kelas terus kene present. . .
bayangkan , , aku kene rushing untuk ke kelas tibe disuruh buat present . .
dalam hati cuak giler doe. . . .
dah la ta prepair . . .
abis buad present . .aku tengok kertas kat lacr untuk tengok markah aku . . .
pap!! aku dapt 6 point je.. . . .
barai giler. . . .

ukey , , aku stop kat sini .. .
bye guy . . .
SALAM . .

Tuesday, September 25, 2012

assalamuaikum . .
korang sihat ?
ukey . . .
aku nak cerita siket . . 
hari ny aku gembira sgt . .
ta tao kenapa. . .
munkin semanagat awek tudung merah kot . . 


hari ni gembira gile . .esok ? ? ???
 
 
untuk hari esok . .
aku kene buad ala ala debat paliman tapi dalam bahasa english 
 OMG !!!!!
mati aku . . .
point pon ta dapat lagi . . . .
ukey sampai kat sini
letehan aku . . .esok aku update yg baru :D

Saturday, September 22, 2012

misi menawan banjaran titiwangsa

Hye Gang
pelik ta sekarang aku rajin uptade blog . 
tapi sayang nyer ta de spe nak bace blog saye. .
itu ta penting. . 
sebab. . .aku lagi suke ta de sape nak bace blog aku. .
sebab aku pemalu orang nyer :P
 
 
ny aku nak cerita sikit . .
tadi aku naik cameron . .
batak sikit sbb first time nek cameron. . 
bagi aku cameron tempat orang dah berumur je yg pergi . 
teh , strawberry , rose , kektus , ,blablablabla . .
bagi jiwa remaja bosan giler , ,

nak taq tengok gambar saye kat cameron, , ,

BTW aku still rindukan pergi tempat ny . . .


Tuesday, September 18, 2012

tugasan dalam bahasa melayu

hye guy . 


.dah lame aku ta merepek kat bog aku . . 
ni nak habaq . . tinggal 6 minggu je sebelum final . . 
result mid term dah tentu barai. . .
so kene study bayak la..
assignment ? ?
dah bersepah kat atas meja aku. . 
buad nye taq  .
bukan malas but aku taq de laptop untuk wat assigmnet .
maklum lah duit PT taq masuk lagi . .
kusut kepala otak aku di buad nyer. . .
 api aku still cool . .
ukey. . .lain kali aku update entri baru .. .

Monday, July 9, 2012

2 minggu di KPTM IPOH

hai...salam sejahtere...
hahahaha

macam biase...aku akan merepek sikit di blog aku...(aku punyer pasal la...ni blog aku)

pengalaman 2 minggu di KPTM Ipoh

aku amek course management with multimedia...subjek yg agak hardcore...

bayak kawan baru aku jumpe....satu malaysia gak r...(kecuali sabah)

homemate aku ade yg dari perlis,johor,terengganu,kedah,negeri sembilan,perak dan aku SELANGOR DARUL EHSAN..


                           

Ikhwan Zulkifly

                                                         org perlis






                               

            Zarul Carera

                                                                     org perlis gak...



                                  Amir Zhafran (Zhaf)

 
                          
                                                     orang perlis gak...




                                      Nasharudin Samsul Bebas Bercinte (娜莎)
                                              orang johhor A.K.A jawe




                          

Muhammad Syafiq Irfan (Ian)


                                                                orang terengganu..


p/s sape yg ta ade mohon maaf...hahahah

sekian..

Thursday, July 5, 2012

Dah Jadi Budak IPT

hahahah(gelak sat)

da lama aku ta merepek art blog aku..
ny nak habaq sat...aku da sambung belajar art Kolej Poly-Tech Mara Ipoh..
aku amek jurusan Diploma In Management With Multimedia..
dah 2 minggu aku art KPTM...

Minggu Induksi/orientasi
-fuhhh!!!! penat tahap gaban la....
tapi tuh semua pengalaman...
nnti aku upload video2...
GAMBAR?
Soe la aku ta amek gambar...video pon aku rembat art Youtube....abg senior yg upload...

                                       

ade lagi....





dan lagi






#bak kate Nadzirah-unutnglah dah mcm ahli koperat keding
hahahah keding la sgt:D
                       ade mcam org koprat kedeng keh??????




hahahahahah  not bad la....

tuh semua pegalaman....

gambar sebelum bergelar student ipt....


hope guy doakan aku suksuss dlam pembelajaran aku....



Tuesday, June 12, 2012

DRIFT





MAKSUD DRIFT
Drift merujuk pada sejenis teknik memandu dan sukan bermotor di mana pemandunya sengaja melakukan belok lebih (oversteer), menyebabkan kehilangan cengkaman pada roda belakang semasa membelok, sambil mengekalkan kawalan kereta dan kelajuan output yang tinggi. Sebuah kereta dikatakan akan drift apabila sudut gelincir pada bahagian belakang lebih besar daripada sudut gelincir hadapan, sebelumapeks selekoh, dan roda hadapan menunjuk kepada arah yang bertentangan dengan arah belokan (misalnya jika kereta membelok ke kiri, tayar akan menunjuk ke arah kanan dan sebaliknya), dan pemandu mengawal faktor-faktor ini. Sebagai sejenis sukan bermotor, pertandingandrift profesional diadakan di seluruh dunia.


SEJARAH

Drift moden sebagai sejenis sukan bermula sebagai sejenis teknik berlumba yang terkenal dalam perlumbaan All Japan Touring Car Championship lebih 30 tahun yang lalu. Kunimitsu Takahashimerupakan pengasas teknik drift yang utama pada 1970-an. Beliau menyedari bahawa mengenai puncak (titik dimana kereta paling dekat dengan bahagian dalam selekoh) pada kelajuan tinggi dan kemudian melakukan drift sepanjang selekoh mengekalkan kelajuan keluar yang tinggi. Ini membuatkannya beroleh kemenangan dalam beberapa kejuaraan dan peminat yang sangat banyak.

[sunting]Masa kini

Drift telah berkembang sebagai sebuah sukan kompetitif dimana kebanyakan pemandu bersaing menggunakan kereta pacuan belakang, kadang-kala dengan kereta pacuan empat roda, untuk mendapatkan mata daripada juri berdasarkan faktor-faktor yang berbeza. Pada tahap pertandingan yang lebih tinggi, D1 Grand Prix dari Jepun dan kini dengan sebuah siri penuh di Amerika Syarikat telah mempelopori sukan ini. Lain di MalaysiaAustraliaPro-Drift di EropahBDC di United KingdomURC (United Racers Club) di BangladeshSUPERDRIFT di ItaliFormula Drift di Amerika SyarikatKing of Europe Drift Series di EropahDrift Mania diKanada dan NZ Drift Series di New Zealand juga telah muncul untuk mengembangkan lagi sukan ini kepada sukan motor yang sah di seluruh dunia. Pemandu-pemandu dalam siri-siri ini pada asalnya dipengaruhi oleh para perintis daripada D1 Japan dan mampu mengekalkan kereta mereka menggelongsor untuk tempoh masa yang dipanjangkan, sering menghubungkan beberapa selekoh.



Pertandingan drift

Pertandingan-pertandingan drift dihakimi berdasarkan pada garis, sudut, kelajuan, dan faktor-faktor yang ditunjukkan. Garis melibatkan pengambilan garisan yang tepat, yang mana biasanya diumumkan dahulu oleh juri. Faktor-faktor yang ditunjukkan berdasarkan pada beberapa perkara, seperti jumlah asap, betapa dekat kereta dengan dinding, dan reaksi orang ramai. Sudut ialah sudut kereta ketika drift. Kelajuan ialah kelajuan memasuki selekoh, kelajuan melalui selekoh, dan kelajuan keluar selekoh; lebih laju lebih bagus.

Pertandingan drift berpasukan di Melbourne.
Penghakiman hanya terjadi di sebahagian kecil litar sahaja, beberapa jalinan selekoh yang mempunyai perspektif yang baik dan peluang untuk melakukan drift. Bahagian lain litar tidak terlibat, melainkan seperti yang berkaitan dengan kawalan suhu tayar dan tetapan untuk hakim selekoh pertama.





                                                    TRAILER INTIAL D

Friday, June 8, 2012

Initial D


Disebalik Tabir Initial D

Initial D(頭文字 (イニシャル)D; Inisharu Dī; lit., "Kashiramoji Dī") ialah manga oleh Shuichi Shigeno (しげの秀一) yang telah disirikan di Kodansha(講談社)Young (ヤングマガジン) sejak 1995. Ia telah diadaptasikan ke siri anime oleh Avex dan filem aksi oleh Avex dan Media Asia.
Anime dan manga ini memfokuskan kepada perlumbaan haram di Jepun, yang mana Initial D lebih menjurus di jalan bukit, dan tidak di kawasan bandaraya, dan stail perlumbaan drift secara keseluruhannya. Penghasilan Initial D dibantu oleh legenda drift terkemuka, Keiichi Tsuchiya dari segi pemantauan editorial. Kisah ini tertumpu di daerah Gunma di Jepun, yang mempunyai beberapa jalan bukit di sekitarnya. Walaupun sesetengah nama lokasi adalah difiksyenkan, namun kesemua lokasi di siri ini adalah berdasarkan kepada lokasi sebenar di Gunma.

Sinopsis

Kisah ini berkisar sekitar tahun 1990-an di daerah Gunma, mengisahkan tentang remaja berusia 18 tahun, Takumi Fujiwara yang membantu ayahnya menjalankan perniagaan kedai tofu dengan menghantar tofu setiap pagi ke sebuah hotel di Akina dengan menggunakan kereta Toyota Sprinter Trueno GT-APEX milik ayahnya. Kemudiannya didedahkan bahawa Takumi memandu di Gunung Akina setiap pagi untuk menghantar tofu ke puncak selama 5 tahun, sebelum memperoleh lesen memandu. Ini menyebabkan skil pemanduannya dalam perlumbaan jalan bukit menjadi tajam, yang mana beliau mampu memandu dalam pelbagai keadaan cuaca.

[sunting]Peringkat pertama ( First Stage )

Cerita ini bermula dengan pasukan pelumba jalanan Red Suns, sebuah pasukan dari Gunung Akagi, tiba untuk mencabar pasukan tempatan Akina Speed Stars dalam satu perlumbaan "persahabatan". Selepas melihat pasukan Red Suns mempunyai skil yang tinggi, pasukan Speed Stars menganggapnya sebagai perlumbaan untuk mempertahankan maruah, dan berazam tidak akan dimalukan di laman sendiri. Bagaimanapun, Speed Stars berada dalam dilema kemudiannya apabila ketua pasukan mereka dan pemandu utama turun bukit Iketani terlibat dalam kemalangan ketika latihan.
Iketani kemudiannya mengetahui daripada Yuuichi, pengurus stesen gas tempatnya bekerja, yang menyatakan kereta terpantas di jalan turun-bukit Akina merupakan sebuah AE86 berwarna panda hitam-putih milik seorang pembuat tofu. Iketani kemudiannya menemui kereta tersebut di sebuah kedai tofu tempatan, dan mengetahui bahawa pemilik kedai tersebut, Bunta Fujiwara merupakan seorang bekas pelumba jalanan dengan reputasi tinggi ketika usia mudanya. Iketani merayu kepada lelaki tua tersebut untuk menggantikan tempatnya berlumba dengan Red Suns, dan yakin bahawa Bunta akan datang untuk menyelamatkan keadaan. Bagaimanapun, apabila tiba waktu perlumbaan, Takumi muncul dengan kereta AE86 ayahnya. Walaupun agak ragu-ragu pada awalnya, Iketani akhirnya membenarkan Takumi berlumba setelah Takumi membuat pendedahan bahawa dialah "Hantu Pergunungan Akina", yang memintas Keisuke ketika menjalankan rutin menghantar tofu. Takumi kemudiannya menewaskan Keisuke Takahashi yang menggunakan kereta Mazda RX-7 FD3S, menyebabkan kejutan di kalangan komuniti pelumba tempatan dan mengakhiri rekod kemenangan Red Suns.
Awalnya langsung tidak berminat dalam perlumbaan, Takumi kemudiannya menaruh minat ketika dia menerima cabaran dari pelumba lain. Dia kemudiannya memahami konsep "maruah seorang pelumba" apabila rakan-rakannya menasihatinya agar menolak cabaran seorang pelumba dari Gunung Myougi yang mewakili pasukan Night Kids, Takeshi Nakazato yang menggunakan kereta Nissan Skyline R32 yang berkuasa dan berteknologi tinggi. Perlumbaan menentang seorang lagi pelumba Night Kids, Shingo Shouji merupakan perlumbaan peribadi buat Takumi kerana Shingo mencuba untuk merempuh Iketani dan memaksa rakan baiknya yang juga rakan sekerjanya Itsuki terlibat dalam kemalangan setelah tersilap sangka kereta Itsuki sama dengan kereta Takumi. Selepas perlumbaan yang menyaksikan kekalahan Shingo, Takumi kemudiannya berlumba dengan pasangan pemandu wanita daripada pasukan Impact Blue dari Gunung Usui, yang memandu Nissan Sileighty.
Setiap perlumbaan menunjukkan lawan Takumi menggunakan kereta yang jauh lebih berkuasa daripada AE86 miliknya, dan dalam perlumbaan menentang Shingo, iaitu "Perlumbaan Maut" yang mana tangan kanan kedua-dua pemandu dilekatkan pada stereng, format yang mengurangkan kemampuan untuk mengawal kereta. Teknik ini nyata memberi kelebihan kepada kereta Honda Civic EG-6 Shingo, yang merupakan kereta FR. Walaupun mengalami kesukaran untuk mengawal AE86nya, Takumi berjaya mencipta tekniknya sendiri dan memenangi perlumbaan itu. Shingo sebelumnya cuba merempuh kereta Takumi dalam percubaannya untuk mengakhiri perlumbaan dengan keputusan seri, namun AE86 Takumi memasuki selekoh lebih awal dan mengelak EG6, menyebabkannya merempuh penghadang jalan. Perlumbaan menentang Impact Blue adalah yang pertama buat Takumi di luar Akina.
Perlumbaan dalam hujan pertama Takumi adalah menentang Kenta Nakamura daripada Red Suns, yang memandu Nissan Silvia S14 di Myougi setelah perlumbaan antara Keisuke dan Nakazato. Perlumbaan sebelumnya berlangsung sebelum hujan turun, dengan Nakazato mendahului Keisuke hinggalah tayar keretanya kehilangan cengkaman, memberikan ruang buat Keisuke memintas dan memenangi perlumbaan. Setelah itu, Kenta kemudiannya mencabar Takumi untuk berlumba dalam hujan, dan ini diterima olehnya. Kenta, yang mempunyai kereta yang lebih berkuasa, mendahului ketika perlumbaan mendaki bukit namun dipintas oleh Takumi ketika menuruni bukit, yang meninggalkannya dengan jarak yang jauh. Ini merupakan antara perlumbaan termudah Takumi, yang berpengalaman memandu dalam pelbagai keadaan cuaca.
Abang kepada Keisuke, Ryosuke Takahashi, yang merupakan ketua kepada Red Suns, merangka strategi yang disifatkannya sebagai "strategi sempurna" untuk menewaskan Takumi, berpandukan kepada simulasi komputer yang diciptanya. Ryosuke, yang merupakan pelumba popular dengan gelaran "Komet Putih Akagi" kerana menggunakan kereta Mazda RX-7 Savanna FC3S berwarna putih, mencabar Takumi di Akina. Namun, beliau tewas setelah dipintas oleh Takumi di antara selekoh terakhir Akina sebelum garisan penamat. Ryosuke mengakui bahawa Takumi lebih pantas daripadanya, dan menasihatinya supaya tidak terlalu berpuas hati dengan cabaran di Akina dan menempuhi cabaran lain yang lebih getir.

[sunting]Peringkat Kedua ( Second Stage )

Kumpulan pelumba yang dikenali sebagai kumpulan Emperor, semua pelumba yang menggunakan Mitsubishi Lancer Evolution, tiba di kawasan Gunma, mengalahkan hampir semua kumpulan pelumba di Gunma. Namun salah seorang daripada mereka, Seiji Iwaki telah dikalahkan oleh Takumi dan ianya telah merosakkan kemenangan berturut-turut mereka. Ketua mereka, Kyouichi Sudo mencabar Takumi berlumba untuk "memberi pengajaran" dan menyembunyikan perlumbaan antaranya dan Ryosuke yang merupakan sasaran utama beliau. Sebelum itu, Takumi secara tidak sengaja telah terlihat Natsuki, kekasih hatinya sedang menaiki sebuah kereta Benz bersama dengan seorang lelaki. Ini menyebebkan Takumi berasa amat marah namun dia tetap pergi ke Akagi untuk berlumba dengan Kyouichi Sudo. Malangnya, enjin AE86 Takumi meletup ketika perlumbaan. Walau bagaimanapun, Kyouichi tidak menganggapnya sebagai satu perlumbaan rasmi dan menyuruh Takumi mendapatkan kereta lain yang lebih berkuasa untuk berlumba. Perlumbaan antara Kyoichi dan Ryosuke turut menyaksikan perbezaan pendapat antara kedua-duanya, yang mana Kyoichi berpendapat bahawa pelumba litar professional mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk berlumba di jalan pergunungan ( touge ), sedangkan Ryosuke berpendapat sebaliknya. Ryosuke berjaya menewaskan Kyoichi setelah menganalisa kelemahan Kyoichi yang tidak mempunyai keyakinan mencukupi untuk mengambil selekoh hala kanan. Ini adalah disebabkan Kyoichi tidak biasa dengan keadaan jalan dua hala, disebabkan touge Irohazaka yang merupakan pangkalan Emperor adalah jalan sehala. Kemenangan ini telah membuktikan bahawa teori Ryosuke adalah tepat.
Dalam masa itu, Bunta mengetahui bahawa enjin AE86 telah mencapai jangka hayatnya dan telah bersiap sedia dengan enjin baru. Walaupun telah mengetahuinya, Bunta tidak menukar enjin tersebut dengan lebih awal kerana mahukan Takumi "kalah" dalam perlumbaan, yang mana dapat memberi pengajaran dan mematangkannya dalam menghadapi perlumbaan. Beliau kemudiannya membeli sebuah enjin baru, Toyota 4A-GE 20 Valve Twin Cam yang dikhususkan untuk perlumbaan yang mana digunakan dalam perlumbaan Japanese Touring Car Championship. Ia agak pelik kerana enjin tersebut biasanya dikhususkan untuk perlumbaan sahaja dan bukannya kepada kereta biasa. Malah, dalam siri ini tidak diberitahu di mana Bunta mendapatkan enjin tersebut. Bunta memasang enjin tersebut tanpa turut memasang tachometer baru, bertujuan mengajar Takumi tentang pentingnya kemahiran mekanikal dalam memahami sesuatu kereta, malah beliau sudah bersiap sedia dengan komponen tersebut, sekiranya Takumi memerlukannya kelak. Takumi kemudiannya mengetahui bahawa beliau memerlukan tachometer baru setelah diberitahu oleh Wataru Akiyama, seorang mekanik yang juga merupakan pemandu AE86 seperti Takumi. Cuma bezanya, Wataru memandu AE86 Levin manakala Takumi memandu AE86 Trueno.
Setelah Takumi menguji enjin baru tersebut, Wataru mencabar Takumi berlumba di mana-mana tempat yang dipilih sendiri oleh Takumi. Memilih trek pangkalan Wataru, Shomaru, perlumbaan itu dijalankan walaupun berisiko tinggi memandangkan keadaan jalan yang sempit, terbiar dan tidak diselenggara dengan betul. Takumi kemudiannya berjaya memintas Wataru di sebuah selekoh sempit, yang mengejutkan pemandu Levin tersebut dan memenangi perlumbaan.

[sunting]Peringkat Extra ( Extra Stage )

Diterbitkan sebagai OVA, peringkat ini lebih memfokuskan kepada pasangan pelumba Impact Blue, Mako Satou dan Sayuki. Ini disebabkan populariti mereka di kalangan peminat.
Ketika permulaan Extra Stage, Mako sedang berada dalam kekecewaan setelah apa yang difikirkannya sebagai satu 'penolakan' daripada Iketani, apabila rakan lama Sayuki, Shingo ( pelumba Myougi Night Kids ) bersama rakannya Nakazato tiba dan memberi amaran kepada mereka tentang ketibaan pasukan Emperor di daerah itu. Berada dalam keadaan tidak stabil telah memberi kesan kepada pemanduan Mako, dan ianya telah menggugat keyakinannya dalam menghadapi cabaran pelumba pasukan Emperor itu. Kedatangan pasukan Emperor ke Usui telah meletakkan seorang wakil mereka yang memandu Evo 4, yang memandang rendah kemampuan pasangan pemandu wanita itu dan yakin akan menang mudah. Keadaan menjadi sebaliknya apabila pelumba Evo 4 tersebut gagal menyaingi Sil-80 tersebut sehinggalah tiba di selekoh sukar C-121, yang mana Evo 4 tersebut merempuh rel penghalang jalan dan mengakibatkannya hilang kawalan. Shingo dan Nakazato tiba lewat dan tidak sempat melihat keseluruhan perlumbaan, dan menyangkakan pasangan Impact Blue tersebut tewas. Namun, mereka terkejut setelah diberitahu bahawa keadaan berlaku sebaliknya.
Mako kemudiannya berhubung rapat dengan seorang lelaki bernama Miyahara, yang merupakan seorang pelumba sebelumnya. Bagaimanapun, dia bercadang untuk berhenti memandangkan beliau sudah hilang minat dan mengetahui bahawa skil dan tekniknya tidak sebaik mana. Malah, beliau bercadang untuk mendapatkan sebuah SUV untuk menggantikan kereta MR2 yang dipandunya sebelum ini. Ketika hubungan mereka berdua semakin rapat, Miyahara mengharapkan Mako supaya berhenti berlumba disebabkan beliau risau akan keselamatannya ketika berlumba.
Bagaimanapun, setelah Mako membawanya dalam satu pemanduan di sebuah trek pergunungan, Miyahara kemudiannya memahami yang Mako tidak akan berhenti berlumba dan menyedari yang Mako sebenarnya meminati seorang lelaki lain, Iketani.

[sunting]Peringkat Ketiga ( Third Stage )

Ryosuke menawarkan Takumi untuk menyertai sebuah pasukan yang sedang ditubuhkannya, yang mana mempunyai pelumba terbaik di daerah Gunma. Bagaimanapun, Takumi enggan membuat keputusan sehingga beliau menebus kekalahannya kepada Kyoichi. Takumi kemudiannya datang ke Irohazaka untuk mencabar Kyoichi. Ketua pasukan Emperor tersebut meletakkan syarat: Beliau akan membenarkan Takumi berada di depannya, sekiranya Kyoichi berjaya memintas, Kyoichi akan diisytiharkan pemenang. Sebaliknya sekiranya Takumi berjaya menghalang Kyoichi daripada memintasnya, maka Takumi akan diisytiharkan pemenang. Takumi kemudiannya mengatakan bahawa syarat itu tidak adil, namun dinafikan oleh Kyoichi. Akhirnya, Takumi berjaya menghalang Kyoichi daripada memintasnya. Walaupun Takumi menganggap ianya seri, namun Kyoichi mengakui kekalahannya memandangkan baginya seri di tempat sendiri lebih kurang sama dengan kalah. Namun apa yang lebih penting bagi Takumi, Kyoichi mengakui kemampuan AE86 setelah awalnya memandang remeh kemampuan kereta tersebut.
Kai Kogashiwa, yang merupakan anak kepada pesaing Bunta dahulu, Ken Kogashiwa, kemudiannya mencabar Takumi setelah mengetahui Takumi telah menewaskan sasaran asalnya, Kyoichi. Kai dan ayahnya telah merangka strategi yang pernah digunakan Ken ketika berlumba menentang Bunta, iaitu memintas di selekoh ke-33, 36, 37, 38 dan 39, yang mana taktik "in-air jump" digunakan. Bunta telah memberi tips secara tidak langsung kepada Takumi untuk mengatasi Kai, setelah menjangkakan Kai akan berada di depan Takumi pada babak kedua perlumbaan. Takumi kemudiannya dapat memahami tips tersebut, malah berjaya meniru taktik "in-air jump" Kai dan memenangi perlumbaan.
Peringkat ini turut menampilkan Miki, bekas pelajar di sekolah tinggi tempat Takumi dan Natsuki belajar yang mana pada awal siri menunjukkan Takumi pernah menumbuknya setelah terdengar kata-kata Miki tentang hubungan seksualnya dengan Natsuki. Ketika itu adalah musim Krismas, dan Natsuki membuat kejutan dengan muncul di rumah Takumi dan menyambut Krismas dengannya dan Bunta. Pada hari Tahun Baru, Miki memaksa Natsuki mengikutinya ke puncak Akina dan cuba mencabulnya, namun panggilan kecemasan yang dilakukan Natsuki kepada Takumi berjaya menyelamatkannya.
Ketika musim bunga tiba, Takumi memberitahu Ryosuke yang beliau inginkan satu lagi perlumbaan antara mereka di Akagi, sebelum membuat keputusan tentang penyertaannya dalam pasukan Ryosuke. Pemenang perlumbaan tidak diketahui, namun semasa ia berlangsung Keisuke telah memberitahu ahli Red Suns lainnya bahawa keputusan perlumbaan adalah tidak penting. Setelah kedua-duanya tiba di garisan penamat sebelah-menyebelah, Takumi mengambil keputusan untuk menyertai pasukan tersebut.

[sunting]Battle Stage

Keluaran khas ini mengumpulkan kesemua perlumbaan besar daripada dua keluaran Initial D sebelumnya. Ia menggunakan penghasilan animasi baru dalam bentuk CG bagi babak perlumbaan dan tidak menggunakan klip daripada siri-siri terdahulu. Keluaran ini turut menampilkan perlumbaan antara Keisuke dan Seiji, yang mana hanya terdapat dalam edisi manga. Edisi ini turut mengambil muzik latar daripada album Super Eurobeat yang baru, selain menampilkan ulasan khas daripada legenda drift, Keiichi Tsuchiya.

[sunting]Peringkat Keempat : Project D ( Fourth Stage : Project D )

Lebih menjurus kepada pasukan Project D yang ditubuhkan Ryosuke, yang terdiri daripada beliau sendiri selaku ketua pasukan dan pengatur strategi, Takumi ( pakar turun bukit ) dan Keisuke ( pakar mendaki ) dan staf yang kebanyakannya daripada ahli Red Suns. Pasukan itu mengunjungi beberapa wilayah lain, mencabar pasukan lain dan menghantar keputusan perlumbaan di laman web mereka. Takumi menjadi semakin matang menjadi seorang pelumba yang lebih berkeyakinan dan serba tahu, manakala Keisuke telah meningkatkan lagi kemahiran teknikal pemanduannya. Pasukan tersebut turut ditubuhkan Ryosuke memandangkan beliau menyedari yang beliau hanya mempunyai masa yang singkat untuk berada dalam dunia perlumbaan jalanan sebelum memasuki sebuah institusi perubatan. Takumi kemudiannya menghasilkan sendiri beberapa taktik, seperti taktik "Blind Attack" dan turut mengetahui tentang "4WD Complex" setelah dipintas oleh sebuah Subaru Impreza WRX STi, sebuah kereta 4WD, ketika satu daripada penghantaran tofunya. Beliau kemudiannya mengetahui bahawa pemandu Impreza tersebut adalah Bunta sendiri, yang kemudiannya membenarkan beliau memandu Impreza dan AE86 secara berganti-ganti untuk meningkatkan skilnya dan memahami tentang kemampuan kereta moden.
Pihak lawan Project D menjadi semakin sukar, selain daripada semakin licik dan mengancam. Mereka telah menewaskan pasukan tempatan Seven Star Reaf di Tochigi, pelajar sekolah perlumbaan Todojyuku di Happogahara, pasukan Northern Saitama Allince, dua samseng yang memandu Lancer Evolution dan akhir sekali dua pelumba veteran dikenali sebagai God-Hand dan God-Foot, yang masing-masing memandu Honda S2000 dan Nissan Skyline GT-R BNR34 Nur. Edisi ini turut menimbulkan sedikit babak romansa, yang mana Kyoko Iwase daripada Northern Saitama Alliance menyuarakan perasaannya kepada Keisuke, malah meminjamkan kereta Mazda RX-7 miliknya kepada beliau. Namun, Keisuke memutuskan untuk terus terlibat dalam perlumbaan. Wataru pula cuba mencari kelemahan Project D dalam usaha menewaskan mereka, namun setelah Project D menguasai Saitama, beliau memberi beberapa tips kepada Takumi.
Takumi telah belajar banyak perkara, antaranya teori "infinite lines" dan teori pemanduan satu tangan daripada pemandu God-Hand, Toshiya Joshima. Keisuke pula dipelawa oleh God-Hand Kouzou Hoshino untuk memasuki era perlumbaan profesional, namun Keisuke menolak, mengatakan yang dia masih mempunyai banyak perkara hendak dicapainya dalam dunia perlumbaan jalanan.

TOYOTA AE 86

Credit:wipikedia

Tuesday, January 3, 2012

Disebalik Kapal Laut TITANIC

RMS Titanic

RMS Titanic (jugaSS Titanic) merupakan yang kedua dari tiga kapal penumpang yang bertujuan mengawal perniagaan perjalanan merentasi Lautan Atlantik. Dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and WolffTitanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya. Semasa pelayaran pertama Titanic, ia berlanggar dengan aisberg pada jam 11:40 PM (waktu kapal) pada pagi Ahad 4 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin.
Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang, menjadikannya sebagai bencana laut terburuk semasa aman dalam sejarah dan paling termashyur sehingga kini. Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”. Ia amat mengejutkan bagi orang ramai bahawa walaupun dengan teknologi moden dan anak kapal yang berpengalaman, Titanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi. Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut ditukar, dan penemuan bangkai kapal pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballardmenjadikan Titanic kekal terkenal pada tahun-tahun berikutnya

Pembinaan


Kapal Titanic merupakan kapal penumpang kepunyaan White Star Line, dibina di limbungan Harland and Wolff di BelfastIreland. Kapal ini direka untuk menyaingi kapal milik syarikat Cunard Line iaituLusitania dan MauretaniaTitanic, bersama kapal saudaranya kelas-OlympicOlympic dan yang akan dibina Britannic, pada asalnya dinamakan Gigantic yang bertujuan untuk menjadi kapal paling mewah dan terbesar yang pernah dibina. Pembinaan RMS Titanic dibiayai oleh hartawan Amerika, J.P. Morgan dan syarikatnya International Mercantile Marine Co., bermula pada 31 Mac 1909. Badan kapal Titanic dilancarkan pada 31 Mei 1911, dan kelengkapan dalaman disiapkan pada 31 Mac tahun berikutnya. Titanic mempunyai ukukran sepanjang 269 meter (882 kaki 9 inci) dan 28 meter (92 kaki 6 inci) lebar, seberat 46,328 tan kasar, dan ketinggian dari paras air ke geladak setinggi 18 meter (60 kaki). Walaupun ia melitupi lebih banyak ruang dan dengan tan kasar yang lebih, badan kapalTitanic adalah sama panjang dengan kapal OlympicTitanic dilengkapi dengan dua enjin bersetentangan empat silinder, tiga pembesaran, enjin wap terbalik dan satu turbin Parsons bertekanan rendah yang menggerakkan tiga kipas. Terdapat 29 dandang yang dipanaskan oleh 159 pendiang arang batu yang mampu menghasilkan kelajuan sehingga 23 knot (43 km/j). Hanya tiga daripada empat serombong kapal setinggi 19 meter (63 kaki) yang berfungsi; serombong keempat yang digunakan sebagai pengudaraan (sengaja ditambah bagi menampakkan kehebatan kapal itu). Kapal Titanic mampu membawa 3,547 penumpang dan anak kapal dan disebabkan ia membawa surat, namanya diberikan penambahan awalan Kapal Surat DiRaja (Royal Mail Ship) (RMS) atau (Royal Mail Steamer) dan juga sebagai kapal wap - SS (Steam Ship). Untuk masa itu, kemudahan dan kemewahannya tidak dapat ditandingi. Ia menawarkan kemudahan seperti kolam renanggymnasium,mandian Turkiperpustakaan dan gelanggang squash. Bilik umum kelas pertama dihiasi indah dengan panel kayu yang meluas, perabot mahal dan hiasan indah yang lain. Kapal tersebut turut menawarkan tiga lif untuk kegunaan penumpang kelas pertama dan, satu inovasi pada masa itu, satu lif bagi penumpang kelas dua.
Titanic dianggap kemuncak senibina laut dan pencapaian teknologi. Ia dianggap oleh majalah Pembina Kapal Ship Builders sebagai "hampir tidak mungkin tenggelam." Titanic dibahagikan kepada 16 ruang kedap air dengan pintu yang dikawal oleh kunci magnetik dan akan diturunkan hanya dengan menekan satu suis dari dek anjung kapal; bagaimanapun, pembahagian (bulkhead) tidak merentangi keseluruhan ketinggian geladak (hanya sehingga Dek-E). Titanic mampu terapung dengan sebarang dua ruang tengah dipenuhi air atau empat bahagian pertama dipenuhi air; sekiranya lebih dari itu, ia akan tenggelam.

Pelayaran pertama


Kapal Titanic memulakan pelayaran pertamanya dari SouthamptonEngland, untuk perjalanan ke Bandar New York, New York, pada Rabu, 10 April 1912, di bawah kendalian Kaptain Edward J. Smith. Ketika Titanic bergerak meninggalkan pelabuhan, kuasa sedutan yang dihasilkan oleh kapal tersebut menyebabkan kapal penumpang New York, yang berlabuh berhampiran, putus tambatan dan ditarik begitu hampir (sekitar 4 kaki) dengan Titanic sebelum kapal tunda menunda New York dapat mengelak. Kejadian tersebut melewatkan Titanic berlepas satu jam dari jadual sebenar. Selepas menyeberangi Selat InggerisTitanic berhenti di CherbourgFrance, untuk menurunkan dan mengambil penumpang tambahan dan berhenti sekali lagi di Queenstown (sekarang ini dikenali sebagaiCobh), Ireland, sebelum meneruskan pelayaran ke New York dengan 2,223 penumpang.[1]
Titanic mempunyai tiga bahagian kelas penumpang yang diasingkan. Kelas ketiga yang juga dikenali sebagai steerage, terdiri daripada kabin kecil di dek bawah, diduduki kebanyakannya oleh pendatang yang mengharapkan kehidupan lebih baik di Amerika. Kabin dan bilik umum kelas kedua yang terletak di buritan kapal adalah sama dengan kemudahan kelas pertama di kapal-kapal yang lain. Kebanyakan penumpang kelas kedua pada asalnya menempah kelas pertama di kapal yang lain tetapi disebabkan mogok arang batu, mereka dipindahkan ke Titanic. Kelas pertama merupakan bahagian paling mewah di atas kapal.
Sebahagian daripada orang yang terkenal turut belayar sebagai penumpang kelas pertama. Ini termasuk jutawan John Jacob Astor dan isterinya Madeleine Force Astor; pemilik kilang Benjamin Guggenheim; pemilik MacyIsador Straus dan isterinya Ida; jutawan DenverMargaret "Molly" Brown; Sir Cosmo Duff-Gordon dan isterinya, pereka fesyen, Lady Lucille Duff-Gordon; George Elkins Widener dan isterinya, Eleanor; John Borland Thayer, isterinya Marian dan anak mereka yang berusia tujuh belas tahun, Jack; wartawan William Thomas Stead; Countess of Rothes; pembantu presiden U.S. Archibald Butt; pengarang dan sosialit, Helen Churchill Candee; pengarang Jacques Futrelle, dan isterinya May, dan rakan mereka, pengarah Broadway Henry dan Irene Harris; pelakon wanita filem bisu Dorothy Gibson; dan yang lain. Turut bersama di kelas pertama adalah pengarah urusan White Star Line J. Bruce Ismay yang mencadangkan Titanic dan pembina kapal Thomas Andrews, yang turut bersama bagi memantau sebarang masalah dan menilai prestasi keseluruhan kapal baru tersebut.

Malapetaka


Pada malam Ahad, 14 April, suhu menurun sehingga tahap hampir beku dan laut tenang. Bulan tidak muncul manakala langit pula cerah. Kapten Smith bertindak kepada amaran ketulan aisberg melalui wireles semenjak beberapa hari dengan mengubah haluan Titanic ke arah lebih selatan. Pada Ahad tersebut iaitu pada 1:45 PM, pesanan dari kapal wap Amerika telah memberi amaran bahawa air batu besar terapung dalam laluan Titanic, tetapi amaran ini tidak dihantar ke dek kawalan. Lewat petang itu, satu lagi laporan mengenai ketulan air batu besar yang banyak, kali ini daripada Mesaba, turut gagal disampaikan ke dek kawalan.
Pada pukul 11:40 PM ketika berlayar di selatan Grand Banks di Newfoundland, pemantau Fredrick Fleet dan Reginald Lee melihat ketulan air batu yang besar tepat di hadapan kapal. Fleet membunyikan loceng kapal sebanyak tiga kali dan menelefon dek kawalan lalu memberitahu, "Aisberg, betul-betul di hadapan!" Pegawai Pertama Murdoch mengarahkan pusingan mengejut ke port (kiri) dan kelajuan tinggi ke belakang, yang menghentikan dan kemudiannya mengundurkan enjin kapal. Perlanggaran ternyata tidak dapat dielakkan, dan aisberg tersebut bergesel dengan bahagian kanan sisi kapal, merenggangkan badan kapal di beberapa bahagian dan melantunkan kimpalan rivet di bawah paras air sepanjang sekitar 91 m (300 kaki). Pintu kedap air ditutup apabila air mula memasuki lima bahagian kedap air pertama, lebih satu daripada apa yang dapat ditanggung Titanic. Berat lima bahagian kedap air yang dimasuki air menarik kapal ke bawah melebihi ketinggian dinding kedap air lalu membenarkan air untuk memasuki bahagian lain. Kapten Smith, merasai gegaran hentaman itu lalu menuju ke dek pengurusan dan memerintahkan berhenti sepenuhnya. Selepas pemeriksaan oleh pegawai kapten dan Thomas Andrews, jelas disedari bahawaTitanic akan tenggelam, dan sejurus selepas tengah malam pada 15 April, perahu penyelamat diperintahkan untuk disediakan dan panggilan keselamatan mula dihantar.
Bot penyelamat pertama dilancarkan, bot 7, diturunkan pada pukul 12:40 AM di bahagian kanan kapal dengan hanya 28 orang di atasnya. Titanic membawa 20 perahu penyelamat dengan keupayaan penuh 1,178 orang. Walaupun tidak mencukupi untuk membawa kesemua penumpang dan anak kapal, Titanic membawa lebih banyak bot berbanding yang disyaratkan oleh Lembaga Peraturan British (British Board of Regulations). Pada masa itu, jumlah bot penyelamat yang diperlukan ditetapkan menurut tan kasar kapal, bukannya jumlah orang yang dibawanya.
Penumpang kelas pertama dan kedua lebih mudah menuju ke bot penyelamat dengan tangga yang menuju terus ke dek bot, tetapi penumpang kelas ketiga lebih sukar. Ramai mendapati laluan dari bahagian bawah kapal sukar difahami dan menyukarkan mereka untuk sampai ke bot penyelamat. Lebih buruk lagi bagi penumpang kelas ketiga apabila pintu dikunci oleh anak kapal yang menunggu arahan bagi membenarkan penumpang naik ke geladak.Operator radio tanpa wayar Jack Phillips dan Harold Bride sibuk menghantar kod CQD, isyarat kecemasan sejagat. Beberapa kapal menyahut, termasuk Mount TempleFrankfurt dan kapal saudara TitanicOlympic, tetapi kesemuanya terlalu jauh untuk sampai sebelum Titanic tenggelam. Kapal terdekat adalah RMS Carpathia kepunyaan Cunard Line yang sejauh 93 kilometer (58 batu) dan hanya sampai selepas empat jam; terlalu lewat untuk sampai ke Titanic. Satu-satunya daratan yang menerima isyarat kecemasan Titanic merupakan stesyen wireles diCape RaceNewfoundland.

Pada mulanya, penumpang enggan meninggalkan Titanic untuk menaiki kapal penyelamat yang kecil kerana merasakan Titanic lebih selamat dan selesa serta tiada sebarang tanda yang menunjukkan mereka sedang berada dalam keadaan bahaya. Malahan, terdapat khabar di antara mereka bahawa mereka dikehendaki turun ke dalam bot penyelamat hanya sebagai syarat untuk mematuhi undang-undang yang ada dan mereka difahamkan lagi bahawa mereka akan kembali ke kapal untuk sarapan pagi kerana mereka percaya kapal tersebut tidak akan tenggelam. Ini menyebabkan kebanyakan bot dilancarkan separuh kosong dan terdapat satu bot yang mampu membawa 40 orang berlepas dengan hanya 12 orang di atasnya.
Dengan arahan "wanita dan kanak-kanak dahulu" diberi keutamaan untuk menaiki bot penyelamat, Pegawai Kedua Lightoller, yang mengisi bot penyelamat di sebelah kiri, hanya membenarkan lelaki yang diperlukan sebagai pengayuh dan tidak untuk sebab lain walaupun masih terdapat tempat kosong. Pegawai Pertama Murdoch, yang mengisi bot di sebelah kanan kapal, membenarkan lelaki naik sekiranya wanita tidak mencukupi. Apabila kapal semakin condong, penumpang mulai cemas dan sesetengah bot berlepas penuh. Pada 2:05 AM, seluruh bahagian haluan kapal tenggelam di bawah air dan ketika itu, selain dua buah bot, semua bot penyelamat yang lain telah dilancarkan.
Sekitar 2:10 AM, bahagian belakang kapal terangkat dari paras air menampakkan bilah kipas, dan pada pukul 2:17 aras air mencecah geladak bot. Keadaan semakin hangat apabila dua bot penyelamat terakhir terapung dari geladak, satu terbalik dan satu lagi separuh berisi air. Tidak lama kemudian, serombong paling hadapan jatuh, meremukkan sebahagian dek pengurusan dan mereka yang terapung di permukaan air. Di geladak, para penumpang berlari ke arah buritan atau melompat ke laut dangan harapan dapat sampai ke bot penyelamat. Bahagian buritan kapal perlahan-lahan terjungkit ke langit, dan barang-barang yang tidak terikat jatuh ke dalam laut. Semasa bahagian belakang kapal terjungkit, sistem eletrik gagal dan semua lampu terpadam. Tidak lama kemudian, tekanan pada badan kapal mengakibatkan Titanic pecah dua antara dua serombong terakhir, dan bahagian hadapan tenggelam sepenuhnya. Bahagian belakang terapung di permukaan air seketika dan terjungkit menegak. Selepas beberapa ketika, pada pukul 2:20 AM, kesemuanya tenggelam ke dalam laut.
Daripada sejumlah 2,223 orang, hanya 706 terselamat; 1,517 mati. Kebanyakan kematian disebabkan mangsa terkena hipotermia dalam air bersuhu 28 °F (−2 °C). Hanya dua daripada 18 bot penyelamat yang dilancarkan kembali untuk menyelamatkan mangsa dari dalam air selepas kapal tenggelam. Bot penyelamat 4 kembali dan menyelamatkan lima orang, dua daripada mereka mati kemudiannya. Hampir sejam kemudian, bot penyelamat 14 kembali dan menyelamatkan empat orang yang mana satu mati kemudiannya. Ada yang lain berjaya menaiki bot penyelamat yang terapung daripada geladak. Terdapat pertikaian dalam bot penyelamat lain sama ada hendak kembali, tetapi kebanyakan yang terselamat takutkan bot penyelamat mereka akan tenggelam akibat dikerumuni mangsa yang cuba menaiki bot mereka atau "ditarik" oleh Titanic yang tenggelam, walaupun sebenarnya hanya sedikit tarikan berlaku.Ketika kapal tersebut tenggelam ke dalam laut, kedua bahagian tersebut menjunam dalam cara berlainan. Bahagian haluan yang runcing mendatar kira-kira 609 m (2,000 kaki) di bawah permukaan dan mendarat dengan agak perlahan. Bahagian buritan bagaimanapun tenggelam dengan laju ke dasar lautan; badan kapal terburai akibat penguncupan udara yang terperangkap dalam kapal. Bahagian buritan kapal menghentam dasar pada kelajuan tinggi, terbenam jauh ke dalam lumpur.

Diselamatkan


Hampir dua jam selepas Titanic tenggelam, RMS Carpathia tiba di tempat kejadian dan mengambil bot penyelamat pertama. Dalam beberapa jam kemudian, mereka yang masih hidup di selamatkan. Di geladak Carpathia, khidmat doa ringkas untuk mereka yang terselamat dan bagi memperingati mereka yang mati diadakan, dan pada 8:50 AMCarpathia menuju ke New York, dan tiba pada 18 April.
Apabila kehilangan jiwa disahkan, White Star Line menyewa kapal MacKay-Bennett untuk mengambil mayat. Sejumlah 338 mayat akhirnya didapati. Kebanyakan mayat dihantar ke Halifax, Nova Scotia, di mana kebanyakan mayat yang tidak dituntut dikebumikan di Fairview Cemetery.

Kesan selepas kejadian


Apabila berita mengenai malapetaka itu tersebar, ramai orang terkejut bahawa Titanic telah tenggelam dengan jumlah kematian yang begitu tinggi walaupun dilengkapi dengan teknologi yang maju. Akhbar dipenuhi berita dan gambaran mengenai malapetaka tersebut dan kesemuanya tidak sabar-sabar untuk mendapatkan berita terkini. Banyak tabung amal ditubuhkan untuk membantu mangsa dan keluarga mereka, ramai yang kehilangan orang yang merupakan punca pendapatan, atau dalam kes penumpang kelas ketiga, kesemua barang yang mereka miliki.
Penenggelaman itu memberi kesan yang mendalam kepada penduduk Southampton. Menurut Hampshire Chronicle pada 20 April 1912, hampir 1,000 keluarga tempatan terjejas secara langsung. Hampir setiap jalan di daerah Chapel bandar tersebut kehilangan lebih dari satu penduduk dan hampir 500 rumah kehilangan keluarga.
Sebelum penumpang yang terselamat tiba di New York, siasatan telah dirancang bagi mengetahui apa yang berlaku kepada Titanic, dan apa yang boleh dilakukan bagi mengelakkan dari berulang. Senat Amerika Syarikat memulakan siasatan mengenai kemalangan Titanic pada 19 April, sehari selepas Carpathia tiba di New York dengan mereka yang terselamat. Pengerusi penyiasatan, Senator William Alden Smith, ingin mengumpul gambaran penumpang dan anak kapal semasa semuanya masih jelas dalam fikiran mereka. Smith juga perlu sepina warganegara British semasa mereka masih berada di tanah Amerika. Penyiasatan Amerika berlangsung sehingga 25 Mei. Lord Mersey dilantik bagi mengetuai penyiasatan Lembaga Perdagangan British - British Board of Trade's mengenai kemalangan tersebut. Penyiasatan British berlangsung antara 2 Mei dan 3 Julai. Setiap penyiasatan mengambil kenyataan daripada kedua-dua penumpang dan anak kapal Titanic, anak kapalCalifornian dan pakar lain.
Para penyiasat mendapati kebanyakan peraturan keselamatan ketinggalan zaman dan dengan itu pelbagai langkah keselamatan baru dilaksanakan. Kedua-dua penyiasatan mengenai kemalangan tersebut mendapati kapten dan kapal Californian gagal memberikan bantuan sewajarnya kepada Titanic. Penyiasatan tersebut mendapati bahawa Californian lebih hampir dengan Titanic berbanding 31 km (19 ½ batu) yang dianggarkan oleh Kapten Lord dan bahawa Lord sepatutnya membangunkan operator selepas roket dilaporkan kepadanya. Disebabkan operator Californian tidak bertugas, 29 negara mengesahkan Akta Radio 1912, yang menyelaraskan komunikasi radio, terutamanya dalam keadaan kecemasan.
Kemalangan tersebut turut mendorong kepada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Jiwa di Laut - (International Convention for the Safety of Life at Sea di LondonEngland, pada 12 November 1913. Pada 20 Januari 1915, persetujuan ditandatangani oleh persidangan tersebut dan menghasilkan penubuhan dan pembiayaan antarabangsa Peronda Ais Antarabangsa - (International Ice Patrol), agensi Pegawai Persisiran Amerika Syarikat yang sehingga hari ini memantau dan melaporkan lokasi aisberg Lautan Atlantik yang boleh menjadi ancaman kepada laluan laut yang merentasi Atlantik. Ia turut dipersetujui dalam peraturan baru bahawa semua kapal penumpang perlu mempunyai bot penyelamat yang mencukupi bagi semua orang di atas kapal, dan latihan keselamatan yang bersesuaian dilakukan, dan semua komunikasi radio dikendalikan 24 jam sehari bersama punca kuasa kedua, agar tidak terlepas panggilan kecemasan. Sebagai tambahan, telah dipersetujui bahawa tembakan roket merah daripada kapal mestilah dianggap sebagai isyarat kecemasan