Click here for Myspace Layouts

Tuesday, December 20, 2011

Fakta Liga Malaysia 2012



1) Perlawanan Piala Sumbangsih dikembalikan kepada perlawanan khas yang bukan sebahagian Liga Super / Liga Utama. Format ini dahulu diguna sejak 1985 sehingga 1996 (12 Piala Sumbangsih), Hanya pada 2004 sahaja - MPPJ juara PM2003 yg bermain LigaPerdana 2004 merebut Piala ini dalam perlawanan khas menentang NegeriSembilan pasukan LigaSuper 2004.

2) 14 pasukan dalam Super 2012 - 2 pasukan baru daripada Liga Perdana 2010 (PKNS & Sarawak), serta pasukan Lion XII Singapura yang bertukar dengan Harimau Muda A. Penyertaan Singapura ini akan mengembalikan nostalgia Liga Malaysia sejak 1921 sehingga 1994, dan Singapura kembali bersaing untuk:- Misi ke-3 Liga Utama, Misi PERTAMA Piala FA, dan semestinya kembali menjadi seteru utama Selangor dalam misi ke-25 Piala Malaysia mereka!

3) Pasukan yang bakal menjadi BIG 7 dalam Liga Super 2012, dan semestinya stadium masing-masing akan mendapat full-house attendance apabila bertemu sesama sendiri:- 

(i) Kelantan selaku juara bertahan & finalist FA 2010.

(ii) Terengganu selaku naib juara Super 2011 dan penyandang Piala FA 2011, dan juga finalist PialaMalaysia tahun lalu.

(iii) Selangor gergasi negara dengan reputasi hebat pengumpul Piala terbanyak dalam semua kejohanan. Gagal mencipta hatrik Super apabila sekadar nombor 3 sahaja tahun lepas.

(iv) Negeri Sembilan yang mengejutkan semua dengan kejuaraan Piala Malaysia 2011 setelah gagal dalam Piala FA & Super tahun lepas.

(v) Kedah yang kekal konsisten dalam top 4 Liga Super sejak kali terakhir membolot semua kejuaraan 2007 & 2008 (kecuali Sumbangsih).

(vi) Singapura yang membariskan 75-80% pemain kebangsaan mereka. Menewaskan Malaysia & Selangor sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

(vii) Perak yang telah membelasah Kelantan 4 gol tanpa balas dalam Super 2011.

4) Pasukan lain yang bakal mencipta kejutan seperti:-

(viii) T-Team yang menewaskan Selangor 4 kali tahun lepas, & tidak kalah kepada Kelantan kecuali penalti shoot-out: 1st match FA 11.

(ix) Johor FC yang sentiasa konsisten dalam Liga serta lebih hebat daripada abangnya Johor FA.

(x) PKNS yang juara LigaPerdana 2011, dan bakal menjadi saingan sukar kepada semua pasukan.

(xi) Felda United yang tetap kekal di Super setelah juara LigaPerdana 2010.

(xii) Sabah & (xiii) Sarawak: Dua jagoan Borneo bekas juara Liga yang pernah muncul pasukan gergasi dahulu.

(xiv) Kuala Lumpur yang tetap meneruskan survival meskipun dilanda masalah kewangan, hanya semangat melawan anak-anak mudanya menjadi senjata utama KL.

5) Manakala bekas pasukan gergasi yang pernah juara Liga:- 

(i)Pahang 5x, (ii)Perlis 1x, & (iii)Johor 1x = berentap di Liga Perdana. Mereka akan cuba merebut kejuaraan untuk layak otomatik ke Super 2013, namun menghadapi tentangan pasukan-pasukan kelab terutamanya (iv)Angkatan Tentera Malaysia; ATM yang berbelanja besar tahun ini dengan membeli ramai pemain ternama - sehinggakan digelar Negeri Sembilan Junior. 

Lain-lain pasukan LigaPerdana yang bakal mencabar (berjumlah 12 pasukan):-

(v) NS Betaria - juara Liga FAM 2011 bakal memberi cabaran.

(vi) Harimau Muda B - barisan pelapis muda yang bakal mewakili negara di masa depan. 

(vii) PDRM - musim 2008 dahulu hampir mengejutkan pasukan negeri dengan membariskan nama-nama besar, namun sekarang tidak lagi.

(viii) Sime Darby, (ix) Pos Malaysia, (x) MP Muar, (xi) MBJB FC, (xii) USM Penang. 

6) 2 lagi bekas juara Liga Utama terjerumus ke Liga FAM:- (i) Pulau Pinang 2x & (ii) Melaka 1x. Melaka gagal ke Liga Perdana 2012 apabila gagal menyerlah dalam Liga FAM 2011. Apalah peranan FA negeri tersebut masing-masing? itu lah sibuk nak politik aje .... kesian fan Penang & Melaka..

7) Tahukan anda, sejak Liga Super diperkenalkan bermula 2004, Perak muncul pasukan tunggal yang bersaing dalam Liga Super sahaja sebanyak 8 kali, belum pernah lagi jatuh liga sehingga 2011; jadi tahun 2012 ni masuk ke-9 lah. Perak juga telah mengumpul mata Super yang paling banyak sehingga kini jika dikumpulkan sejak 2004-2011. Hebat tu. Pahang & Perlis kekal di Liga Super sehinggalah tahun lepas sahaja: 8 Liga Super. PulauPinang = 7 kali Super. Selangor & Kedah & NegeriSembilan 6 Super; tahun ini masuk ke-7 [*nota: Selangor & Negeri Sembilan layak ke Super sejak 2006, jadi secara rasminya dua pasukan ini belum pernah lagi jatuh liga setakat ini]. Terengganu & Johor FC 5 kali (masuk 6), Kelantan = 3 kali aje (masuk 4). [Terengganu & Johor FC (ke Super 2007) & Kelantan (ke Super 2009) juga belum pernah jatuh liga..] Lain-lain malas la nak kira.. 

8) Pemain Import telah kembali mewarnai Liga Malaysia (kali terakhir 2008) dengan beberapa prospek yang bakal meraih perhatian peminat Liga M 2012. 

= Zacharia Simiounkonda import Perlis dahulu serta pernah menggondol Kasut Emas 2005 kembali & mewakili T-Team. Import terkenal Kedah hingga 2008: Marlon Alex James, & hero MPPJ 2003: Bruno Martelotto juga kembali, namun menyertai pasukan ATM (LigaPerdana 2012) yang muncul dengan wajah penuh bintang. 

.Lain-lain import yang bakal menarik perhatian seperti:-

- Brendan Gan (Australia - wakili Sabah) - dilahirkan di Malaysia. 

- Muhammad Ghaddar (wakili Kelantan) dan 

- Ramez Dayoub (wakili Selangor): kedua-duanya berstatus pemain kebangsaan Lebanon: Ghaddar penyerang dan Ramez pertahanan serta Kapten Lebanon.

9) Kemasukan import ada pro & contranya. Seperti diketahui, Malaysia mula menunjukkan belang di peringkat ASEAN selepas tiada import bermula 2009. Bagaimana prestasi Malaysia selepas 2012? Sama-sama kita tungguuu...!

10) Siapakah yg bakal memenangi Kasut Emas 2012? Adakah import atau tempatan? Untuk rekod: sejak 1989 sehingga 2011, Liga Utama telah berlangsung 23 kali. 6 musim pemain import tidak beraksi, bermakna 6 kali pemain tempatan memenangi Kasut Emas. Manakala 17 musim bersaing dengan pemain import, hanya 6 kali sahaja pemain tempatan berjaya menggondol Kasut Emas, 11 kali import sapu habis. 

Berikut pemain tempatan terhebat Kasut Emas (yang saing dgn import sahaja):-

1- 1989: Zainal Abidin Hassan (Selangor - 12 gol.)

2- 1992: Zainal Abidin Hassan (Pahang - 13 gol.)

3- 1993: Hashim Mustapha (Kelantan - 13 gol.)

4- 1994: Hashim Mustapha (Kelantan - 25 gol.) - REKOD!

5- 2002: Khalid Jamlus (Perak - 17 gol.)

6- 2004: Indra Putra Mahyuddin (Pahang - 15 gol.)

MAMPUKAH PEMAIN TEMPATAN KETUJUH MENCATAT NAMA LAGI SELEPAS INI...? Atau kena tunggu import ditarik balik baru boleh ada nama .....?

11) Format untuk Liga Super 2013 pula telah diumumkan di mana jumlah pasukan dikurangkan kepada 12. Pengecualian diberi kepada Lion XII yang tetap kekal di Liga Super 2013 walaupun jika menduduki tempat terakhir. Secara peribadi saya tidak bersetuju namun apakan daya itulah perjanjian MoU telah termenterai antara FAM & FA Singapura. Hanya harapan diberi kepada semua pasukan tempatan supaya mengalahkan pasukan luar ini, hehe, patriotik sikit!

12) Dengan penukaran jumlah pasukan pada Super 2012, maka rekod telah tercipta lagi: 4 kali penukaran dalam tempoh 10 musim sahaja. Super 2004,2005,2006 = 8 pasukan dengan 3 kali bermain. Super 2007 & 2008 = 13. 2009 & 2010 & 2011 = 14. Rekod Liga dahulu lagi banyak tukar, suda tukar ka? ayoyo amma!

13) Pada tahun ini, Kelantan & Terengganu akan mewakili Malaysia ke pertandingan Piala AFC 2012. Moga berjaya dengan persembahan terbaik dan jangan jadi lauk sudah la. Rekod terbaik kelab pasukan Malaysia di Asia adalah 1967 - Selangor naib juara, kalah tipis 1-2 Hapoel Tel Aviv Israel - final Piala Kelab Asia di Bangkok.

14) Berikut adalah kesimpulan artikel di atas (ditulis dalam bahasa omputeh pula) - Secara rasminya artikel ini tamat pada nombor 14: Jumlah pasukan Liga Super terakhir pada tahun ini ;)

= Malaysian Super League 2012 - Kick-off in January 2012. 

14 Teams, Last year SuperLeague position in bracket:-

01- (01) Kelantan (defending champions): One time champ.

02- (02) Terengganu - 0, never lifted the M-League champ. 

03- (03) Selangor - 6 times champs.

04- (04) Kedah - 3 times.

05- (06) Perak - 2 times.

06- (07) JohorFC - 0

07- (08) Negeri Sembilan - 1 time.

08- (09) T-Team - 0

09- (10) Sabah - 1 time.

10- (11) Felda United - 0

11- (12) Kuala Lumpur - 2 times.

(promoted from 2nd tier = Premier League.)

12- [1] PKNS FC - 0

13- [2] Sarawak - 1 time champ.

(exchange program between Malaysia & Singapore junior teams, beginning 2012.)

14- Lion XII Singapore (before departed from M-League in 1995, they have won the M-League twice).

Other ex-giant teams that will competed in lower tier of M-League 2012.

- (2nd League) -Pahang: 5 times champions.

- (3rd League) -Pulau Pinang: 3 times.

- (2nd League) -Perlis: 1 time.

- (2nd League) -Johore: 1 time.

- (3rd League) -Melaka: 1 time.

= The Malaysian League has just started from 1982.

= Year 2012 is the 31st M-League competitions. 

= Selangor is the Malaysian Giant with 6 M-League trophies.






#Creadit Selangorfc.com

No comments:

Post a Comment